Malaysia 0 – 6 Manchester United (Highlight – Friendly – 22 July 2001)

Pada 22hb Julai 2001, satu perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Manchester United telah diadakan. Berlangsung di Stadium Bukit Jalil, perlawanan persahabatan ini digelar sebagai ‘The Star Challenge Cup’. Perlawanan ini dianggap sebagai persiapan untuk skuad Bawah-23 tahun negara untuk menghadapi Sukan SEA XXI di Kuala Lumpur pada Septembr 2001.

Untuk jelajah kali ini, skuad Manchester United menjelajahi tiga buah negara: Malaysia, Singapura dan Thailand. Seramai 180,000 orang menyaksikan ketiga-tiga perlawanan tersebut, di mana skuad The Red Devils dilaporkan mempunyai 4.5 juta peminat setia di ketiga-tiga buah negara itu. Jelajah selama 13 hari ini diraikan dengan penuh meriah, di mana David Beckham yang hadir dengan gaya rambut botak, mempamerkan aksi yang menarik meskipun beraksi di bawah keupayaan sebenar.

Pemain Malaysia:-

1-Kamarulzaman Hassan, 21-Azmin Azram Aziz dan Mohd. Syamsuri Mustafa (penjaga gol); 3-S. Jayaprakash, Rezuan Radzy, 17-Mazuki Yusof, 5-Norhafiz Zamani Misbah, K. Rajini, 6-Mohd. Nizam Jamil dan 2-Abd. Aziz Ismail (pertahanan); 4-Subri Sulong, 7-Ahmad Shahrul Azhar, 12-K. Rajan, 16-Chow Chee Weng, Mohd. Shawal Johadi, Mohd. Syaiful Sabtu, 26- Rosdi Talib, 25-Mohd. Shukor Adan, 11-Juzaili Samion, 13-Indra Putra Mahayuddin dan D. Surendran (tengah); 20-Hairuddin Omar, 14-Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 10-Nizaruddin Yusof, 24-Rudie Ramli, Fadzli Shaari dan 19-Mohd. Fareed Shah (penyerang)

Pemain Manchester United:-
1-Fabien Barthez dan Raimond van ger Gouw (penjaga gol); 6-Jaap Stam, 2-Gary Neville, 12-Phil Neville, 5-Ronny Johnsen, 14-Wes Brown dan 3-Denis Irwin (pertahanan); 8-Roy Keane, 18-Paul Scholes, 7-David Beckham, 19-Nicky Butt, 11-Ryan Giggs, 4-Juan Sebastian Veron dan 19-Quinton Fortune (tengah); 10-Ruud van Nistelrooy, 17-Andy Cole, 9-Dwight Yorke, 20-Ole Gunnar Solksjaer dan 15-Luke Chadwick (penyerang)

Kredit Info :- http://chedinsphere.blogspot.my/2013/01/malaysia-lawan-manchester-united-22hb.html

Related Posts

Leave a Reply